Assalamualaikum... SALAM RAMADHAN kepada semua para pembaca.
Ini adalah blog Masjid Ar-Raudhah Taman Gaya.
Tujuan blog ini ditulis ialah untuk memberi maklumat tentang pembinaan masjid dari bagaimana 'Sejarah Pembinaan' masjid ini bermula, menceritakan tentang seorang 'Wanita Istimewa' yang telah menjadi penggerak utama pembangunan masjid ini, bersama melalui 'Acara dan Aktiviti' yang telah dijalankan, penghargaan di 'Jutaan Terima Kasih' khusus untuk mereka yang telah sedia membantu dan berusaha, bagaimana anda pula dapat bersama mengandakan 'Saham Akhirat' anda dengan menderma dengan ikhlas dan akhir sekali blog ini akan memaparkan setiap 'Berita Terkini' tentang pembangunan masjid ini hingga ke tahap akhir pembinaan insha Allah.
Kami berharap info yang telah kami berikan di blog dapat memberi semangat untuk anda sentiasa menyumbang tidak kira dari segi wang ringgit, tenaga atau masa untuk pembinaan masjid yang mulia ini. Kami juga berharap anda akan sering melayari blog ini untuk berkongsi buah fikiran dan memberi cadangan yang baik. Kami sangat alu2kan kerjasama anda.
Terima Kasih.
Sunday, August 30, 2009
Saturday, August 29, 2009
Sejarah Pembinaan
Alhamdulillah..Dari dulunya tanah yang terbiar usang kini insha Allah akan terbina sebuah simbol kebanggaan umat Islam di Taman Gaya...."Masjid Ar-Raudhah".
Ia akan menjadi kenyataan berkat kesungguhan and kekuatan seorang wanita istimewa dan ahli2 jawatankuasa serta sokongan para penduduk di Taman Gaya. Wanita istimewa yang dimaksudkan ialah Puan Kartini. Beliau berserta anaknya, Nur Jinani, telah bersusah payah dengan sekuat tenaga mengumpul dana dan akhirnya berjaya mendapat sokongan belanjawan dari pihak kerajaan hingga impian memiliki masjid ini akan menjadi kenyataan tidak lama lagi. Semoga Allah sahaja yang akan membalas jasa mereka.
Setelah hampir 5 tahun initiatif ini melalui berbagai halangan dan rintangan, Alhamdulillah akhirnya pembinaan Masjid Ar-Raudhah telah dimulai pada bulan July tahun ini (2009) dan Insha Allah pembinaan ini akan selesai pada pertengahan tahun hadapan.
Untuk sampai ke tahap ini, berbagai langkah dan usaha telah dijalankan. Puan Kartini yang menerajui setiap proses pembinaan masjid ini dari awal. Pada tahap permulaan, beliau telah bertemu dengan orang2 yang berpegalaman dalam mendirikan masjid dan surau untuk mendapatkan maklumat dan pengalaman yang berguna bagi menjalani pembinaan ini.
Antara orang yang ditemui ialah 'Pak Kadir' dari Taman Desajaya. Pak Kadir bukan hanya memberi tunjuk ajar tapi beliau juga telah mendermakan sebahagian dari wang derma untuk sebuah masjid di Desajaya kepada Puan Kartini untuk menambah dana bagi projek ini dan ini sangat dihargai. Seorang lagi yang telah memberi khidmat nasihat untuk pembinaan ini ialah Encik Yazid dari Taman Desa Tebrau. Ini adalah sebahagian dari orang2 yang sentiasa bersedia untuk membantu demi kejayaan projek ini.
Kemudian Puan Kartini telah melantik ahli2 jawantankuasa dari kalangan para penduduk dan Encik Zulkarnain telah dilantik sebagai Pengerusi. Setelah ahli jawatankuasa telah dikenal pasti maka gerakan pembinaan masjid pun bermula. Berbagai jabatan pemerintah telah dilawati untuk memdapatkan kelulusan demi kelulusan. Berbagai langkah telah diambil untuk mengumpul dana dari pembahagian tabung2 ke toko2 hinggalah mencari sponsor peribadi dan korporat. Berbagai kegiatan juga telah dijalankan seperti acara Maulidir Rasul dan Isra' Mikraj.
Namun kesemua langkah2 ini memerlukan masa yang panjang dan hasilnya amat kecil sedangkan keperluan untuk memiliki masjid di kawasan perumahan masjid dan kawasan kejiranannya bertambah runcing. Dengan pertolongan dari Dato' YB Hj Abdul Halim B. Hj Sulaiman (Adun Puteri Wangsa), Puan Kartini mengalihkan usaha untuk mendapatkan dana dari pihak pemerintah. Beliau telah mencuba sedaya upaya dan pelbagai cara hingga sanggup berulang alik ke Putrajaya untuk bertemu dengan pihak yang ingin membantu.
Hingga akhirnya dengan rahmat Allah beliau telah bertemu dengan Dato' Hj Ahmad Zaki Ansore, dari bahagian Menteri Kewangan di Putrajaya, Dato' Ahmad Zaki adalah orang yang budiman yang telah membantu melancarkan kelulusan dana sebanyak RM$2 juta yang telah digunakan untuk membina masjid ini. Tanpa bantuan beliau projek ini mungkin tidak akan dapat dibangunkan di masa yang terdekat. Bagi pihak Jawatankuasa Masjid Ar-Raudhah, kami mengucapkan setinggi2 terima kasih pada Dato' Hj Ahmad Zaki Ansore.
Perjalanan mengumpul dana dan mendapatkan kelulusan untuk membangunkan masjid ini bukanlah mudah. Puan Kartini telah melalui terlalu banyak onak dan duri dari pelbagai pihak. Ada jabatan yang tidak menghiraukan beliau, ada yang kurang percaya beliau akan berjaya dengan projek ini kerana beliau adalah seorang wanita malahan ada yang bersikap kasar terhadap beliau. Ini tidak mungkin terjadi jika semua pihak dapat memberi sokongan padu untuk niat dan tujuan yang murni seperti ini.
Namun demikian Allah itu Maha Agung dan sentiasa merahmati dan memberikan pertolongannya kepada orang2 yang ingin berbuat baik dan Alhamdulillah pembinaan masjid sedang dilakukan dan dapat dilaksanakan dengan jayanya Insha Allah.
Wassalam...

Thursday, August 27, 2009
Saham Akhirat
Para dermawan yang budiman... Alhamdulillah..Masjid Ar-Raudhah di Taman Gaya insyaAllah akan siap dan dibuka untuk para Muslimin dan Muslimat solat dan beribadat dalam beberapa bulan lagi. Oleh kerana masjid ini adalah sebuah masjid swasta, kami sentiasa memerlukan sumbangan ikhlas dari anda tidak kira dari segi wang ringgit, tenaga, serta pandangan yang bernas untuk masjid ini terus berdiri teguh dan terus membangun. Misi kami ialah untuk menjadikan masjid ini bukan hanya sebagai tempat untuk beribadah tapi juga sebagai sumber ilmu yang dapat di curahkan kepada sekelian umat Islam serta untuk generasi akan datang.
Marilah kita sama2 mencari keredhaan Allah dengan membina rumah Allah yang mulia ini.
Di sini kami juga mengalu-alukan sumbangan dari sesiapa yang mempunyai keahlian dalam mengukir di atas ceramik atau sebagainya untuk diukirkan pada dinding mihrab. Jika ada juga sesiapa yang ingin menderma untuk dalaman masjid atau dan sebagainya, sila hubungi Bendahari di talian:- +6019-7369089.
Saturday, August 22, 2009
Wanita Istimewa
Pada pertengahan tahun 2005, seorang wanita yang berasal dari seberang tetapi menetap di kawasan perumahan Taman Gaya, memulakan azam yang kuat untuk menjadi penggerak untuk membina masjid di kawasan perumahannya.
Beliaulah wanita pertama yang menerajui projek pembinaan masjid di Malaysia. Beliaulah pengusul, pengerak, peneraju dan pemimpin projek suci ini. Beliaulah nadi dan dengupan jantung pembinaan ini. Beliaulah yang telah melalui berbagai rintangan, cabaran dan juga tomahan untuk menjadi projek satu kenyataan. Beliaulah wanita istimewa. Beliau yang dimaksudkan ialah Puan Kartini.
Tanpa berlengah, beliau mengutarakan usul tersebut kepada segolongan penduduk yang kemudian menyokong dibelakang initiatif tersebut. Beliau kemudian melantik ahli jawatankuasa yang terdiri daripada beliau sendiri dan beberapa orang penduduk tetap di Taman Gaya.
Berbagai langkah penting telah diambil termasuk membuat permohonan di Majlis Agama Johor Bahru dan bertemu dengan tokoh2 penting termasuk Dato' Hj Abdul Ghani B. Othman, Menteri Besar Johor, Dato' YB Hj Abdul Halim B. Hj Sulaiman, Adun Umno bahagian Puteri Wangsa, Dato' YB Hj Maulizan B. Bujang, Adun Ulu Tiram dan Dato' Hj Ahmad Zaki Ansore, bahagian Menteri Kewangan di Putrajaya.
Sikap berani Puan Kartini untuk bertemu dengan tokoh2 penting ini untuk mendapat sokongan mereka amat membanggakan. Semangat beliau sungguh kuat dan jitu walaupun sering menerima berbagai halangan dan kritikan. Namun beliau tidak endahkan semua itu dan terus berjuang demi memperjuangkan niat beliau yang suci ini. Semoga Allah akan senantiasa memberikan kekuatan pada Puan Kartini untuk terus menerajui pembinaan dan memakmurkan masjid ini setelah terbinanya rumah suci Allah ini nanti...Amin.
Semoga ramai wanita akan mencontohi kecekalan dan keberanian Puan Kartini dalam merealisasikan impian2 yang murni untuk memenuhi keperluan masyarakat setempat dan sejagat. Jika kita berhadapan dengan orang yang cekal seperti ini, berilah sokongan yang padu dan jangan menghalanginya supaya niat yang suci itu dapat dilakukan dengan cemerlang.
Puan Kartini tidak kurang dihadapkan dengan berbagai rintagan, cabaran dan juga tomahan. Beliau menghapai cabaran sebagai seorang wanita, sebagai orang asing (bukan warganegara Malaysia pada masa itu) dan sebagai seorang wanita yang bukan didalam golongan orang yang berpelajaran namun cabaran2 itu dihadapinya dengan penuh kesabaran dan keikhlasan. Sifat2 inilah yang terus membuat beliau kuat dan tabah dalam mengharungi semua cabaran yang tiba.
Beliau pernah dihalau diwaktu mengutip wang derma dari rumah ke rumah dan tidak dilayan oleh segolongan karyawan di pejabat. Namun beliau tidak pernah patah semangat dan berhenti tapi beliau terus ke hadapan dan mencari jalan keluar yang lain.
Antara rintangan lain termasuk penduduk yang tidak senang dengan tujuan beliau dan tidak mahu bekerjasama. Ada golongan yang tidak dapat menerima usaha seorang wanita yang bukan rakyat Malaysia untuk membina masjid di negeri mereka. Sepatutnya mereka lebih menghargai niat suci orang luar yang ingin menolong secara rela untuk membina sebuat masjid untuk kegunaan mereka dan masyarakat umum. Inilah sikap umat Islam yang harus dikikis dan dibaiki.
Sikap 'gila kuasa' juga menjadi salah satu halangan tujuan suci beliau. Sikap ini seharusnya dihentikan atau digunakan dengan cara yang baik. Kuasa yang diinginkan bukan untuk kebanggaan peribadi tapi kuasa yang diberi hendaklah digunakan demi kepentingan masyarakat. Jika kuasa telah diberi, jalankanlah kuasa dengan baik dan jika tidak layak untuk memiliki kuasa tersebut, ikhlaskanlah untuk diberikan kepada orang lain dan mendokong sesiapa saja yang menjadi pemimpin agar impian bersama dapat dicapai dengan sempurna.
Fenomena seperti ini terjadi bukan hanya di Taman Gaya tetapi ia juga boleh atau telah terjadi di mana2 jawantankuasa masjid di perumahan lain. Marilah kita sama2 buangkan sifat iri dan dengki di kalangan kita terutama sekali di kalangan jawatankuasa masjid, rumah Allah yang suci, dimana ianya adalah tempat umat Islam menjalani ibadah dan mengumpul pahala.
===================================================================
Friday, August 21, 2009
Thursday, August 20, 2009
Majlis Pecah Tanah
Gotong royong sebelum majlis pecah tanah di jalankan.
Pada 3 Ogos 2008, majlis pecah tanah diadakan di tapak masjid kami. Dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato' Haji Abdul Halim B. Sulaiman, Adun Puteri Wangsa. Dato' banyak memberi nasihat, semangat juga bantuan bila-bila kami perlukan. Perjanjian dari JKR mula projek ini akan dijalankan ialah pada bulan Oktober 2008 - March 2010. Namun begitu pada pertengahan bulan jun 2009 baru kami dipanggil mesyuarat oleh JKR. Projek baru dimulakan pada bulan Julai 2009. Marilah sama-sama kita doakan agar projek ini berjalan dengan lancar, dapat disiapkan dengan sempurna, kukuh, tersergam indah dan dapat sama-sama kita gunakan masjid yang terbina nanti untuk beribadah dan menyatu padukan umat Islam seluruh dunia. InsyaAllah...
Doa kesyukuran di majlis pecah tanah dibacakan oleh Yang Dihormati, Imam Hj Zaidi, Imam Masjid Kampung Melayu.
Para tetamu yang hadir ke majlis perasmian pecah tanah..
Wednesday, August 19, 2009
Tuesday, August 18, 2009
Jutaan Terima Kasih
Pihak jawatankuasa pembinaan masjid ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah bekerjasama dengan pihak kami, samada dari yang memberi tunjuk ajar, semangat, tenaga, para dermawan persendirian mahu pun syarikat-syarikat.
Penghargaan ini juga ditujukan kepada saudara-saudara kita yang budiman yang telah mengizinkan tabung-tabung masjid di letakkan di kedai-kedai mereka. Jasa mereka terlalu besar. Dengan membenarkan tabung-tabung masjid di letakkan di kedai-kedai mereka, dana masjid terus berjalan walaupun jumlahnya meningkat perlahan-perlahan tapi lama-lama jadi bukit, insyaAllah.
Di antara syarikat yang telah berkerjasama dengan kami antaranya ialah
- Badan Cemerlang
- Pustaka Azhar
- E N Y Restaurant
- Jakel Trading
- Sri Bayu Perdana
- Asiah Minimart
- East West Cafe
- Syed Omar Restaurant
- Bank Muamalat