Gotong royong sebelum majlis pecah tanah di jalankan.
Pada 3 Ogos 2008, majlis pecah tanah diadakan di tapak masjid kami. Dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato' Haji Abdul Halim B. Sulaiman, Adun Puteri Wangsa. Dato' banyak memberi nasihat, semangat juga bantuan bila-bila kami perlukan. Perjanjian dari JKR mula projek ini akan dijalankan ialah pada bulan Oktober 2008 - March 2010. Namun begitu pada pertengahan bulan jun 2009 baru kami dipanggil mesyuarat oleh JKR. Projek baru dimulakan pada bulan Julai 2009. Marilah sama-sama kita doakan agar projek ini berjalan dengan lancar, dapat disiapkan dengan sempurna, kukuh, tersergam indah dan dapat sama-sama kita gunakan masjid yang terbina nanti untuk beribadah dan menyatu padukan umat Islam seluruh dunia. InsyaAllah...
Doa kesyukuran di majlis pecah tanah dibacakan oleh Yang Dihormati, Imam Hj Zaidi, Imam Masjid Kampung Melayu.
Para tetamu yang hadir ke majlis perasmian pecah tanah..
No comments:
Post a Comment