Saturday, August 22, 2009

Wanita Istimewa

Pada pertengahan tahun 2005, seorang wanita yang berasal dari seberang tetapi menetap di kawasan perumahan Taman Gaya, memulakan azam yang kuat untuk menjadi penggerak untuk membina masjid di kawasan perumahannya.
Beliaulah wanita pertama yang menerajui projek pembinaan masjid di Malaysia. Beliaulah pengusul, pengerak, peneraju dan pemimpin projek suci ini. Beliaulah nadi dan dengupan jantung pembinaan ini. Beliaulah yang telah melalui berbagai rintangan, cabaran dan juga tomahan untuk menjadi projek satu kenyataan. Beliaulah wanita istimewa. Beliau yang dimaksudkan ialah Puan Kartini.
Tanpa berlengah, beliau mengutarakan usul tersebut kepada segolongan penduduk yang kemudian menyokong dibelakang initiatif tersebut. Beliau kemudian melantik ahli jawatankuasa yang terdiri daripada beliau sendiri dan beberapa orang penduduk tetap di Taman Gaya.
Berbagai langkah penting telah diambil termasuk membuat permohonan di Majlis Agama Johor Bahru dan bertemu dengan tokoh2 penting termasuk Dato' Hj Abdul Ghani B. Othman, Menteri Besar Johor, Dato' YB Hj Abdul Halim B. Hj Sulaiman, Adun Umno bahagian Puteri Wangsa, Dato' YB Hj Maulizan B. Bujang, Adun Ulu Tiram dan Dato' Hj Ahmad Zaki Ansore, bahagian Menteri Kewangan di Putrajaya.
Sikap berani Puan Kartini untuk bertemu dengan tokoh2 penting ini untuk mendapat sokongan mereka amat membanggakan. Semangat beliau sungguh kuat dan jitu walaupun sering menerima berbagai halangan dan kritikan. Namun beliau tidak endahkan semua itu dan terus berjuang demi memperjuangkan niat beliau yang suci ini. Semoga Allah akan senantiasa memberikan kekuatan pada Puan Kartini untuk terus menerajui pembinaan dan memakmurkan masjid ini setelah terbinanya rumah suci Allah ini nanti...Amin.
Semoga ramai wanita akan mencontohi kecekalan dan keberanian Puan Kartini dalam merealisasikan impian2 yang murni untuk memenuhi keperluan masyarakat setempat dan sejagat. Jika kita berhadapan dengan orang yang cekal seperti ini, berilah sokongan yang padu dan jangan menghalanginya supaya niat yang suci itu dapat dilakukan dengan cemerlang.
Puan Kartini tidak kurang dihadapkan dengan berbagai rintagan, cabaran dan juga tomahan. Beliau menghapai cabaran sebagai seorang wanita, sebagai orang asing (bukan warganegara Malaysia pada masa itu) dan sebagai seorang wanita yang bukan didalam golongan orang yang berpelajaran namun cabaran2 itu dihadapinya dengan penuh kesabaran dan keikhlasan. Sifat2 inilah yang terus membuat beliau kuat dan tabah dalam mengharungi semua cabaran yang tiba.
Beliau pernah dihalau diwaktu mengutip wang derma dari rumah ke rumah dan tidak dilayan oleh segolongan karyawan di pejabat. Namun beliau tidak pernah patah semangat dan berhenti tapi beliau terus ke hadapan dan mencari jalan keluar yang lain.
Antara rintangan lain termasuk penduduk yang tidak senang dengan tujuan beliau dan tidak mahu bekerjasama. Ada golongan yang tidak dapat menerima usaha seorang wanita yang bukan rakyat Malaysia untuk membina masjid di negeri mereka. Sepatutnya mereka lebih menghargai niat suci orang luar yang ingin menolong secara rela untuk membina sebuat masjid untuk kegunaan mereka dan masyarakat umum. Inilah sikap umat Islam yang harus dikikis dan dibaiki.
Sikap 'gila kuasa' juga menjadi salah satu halangan tujuan suci beliau. Sikap ini seharusnya dihentikan atau digunakan dengan cara yang baik. Kuasa yang diinginkan bukan untuk kebanggaan peribadi tapi kuasa yang diberi hendaklah digunakan demi kepentingan masyarakat. Jika kuasa telah diberi, jalankanlah kuasa dengan baik dan jika tidak layak untuk memiliki kuasa tersebut, ikhlaskanlah untuk diberikan kepada orang lain dan mendokong sesiapa saja yang menjadi pemimpin agar impian bersama dapat dicapai dengan sempurna.
Fenomena seperti ini terjadi bukan hanya di Taman Gaya tetapi ia juga boleh atau telah terjadi di mana2 jawantankuasa masjid di perumahan lain. Marilah kita sama2 buangkan sifat iri dan dengki di kalangan kita terutama sekali di kalangan jawatankuasa masjid, rumah Allah yang suci, dimana ianya adalah tempat umat Islam menjalani ibadah dan mengumpul pahala.
===================================================================

No comments:

Post a Comment