Alhamdulillah..Dari dulunya tanah yang terbiar usang kini insha Allah akan terbina sebuah simbol kebanggaan umat Islam di Taman Gaya...."Masjid Ar-Raudhah".
Ia akan menjadi kenyataan berkat kesungguhan and kekuatan seorang wanita istimewa dan ahli2 jawatankuasa serta sokongan para penduduk di Taman Gaya. Wanita istimewa yang dimaksudkan ialah Puan Kartini. Beliau berserta anaknya, Nur Jinani, telah bersusah payah dengan sekuat tenaga mengumpul dana dan akhirnya berjaya mendapat sokongan belanjawan dari pihak kerajaan hingga impian memiliki masjid ini akan menjadi kenyataan tidak lama lagi. Semoga Allah sahaja yang akan membalas jasa mereka.
Setelah hampir 5 tahun initiatif ini melalui berbagai halangan dan rintangan, Alhamdulillah akhirnya pembinaan Masjid Ar-Raudhah telah dimulai pada bulan July tahun ini (2009) dan Insha Allah pembinaan ini akan selesai pada pertengahan tahun hadapan.
Untuk sampai ke tahap ini, berbagai langkah dan usaha telah dijalankan. Puan Kartini yang menerajui setiap proses pembinaan masjid ini dari awal. Pada tahap permulaan, beliau telah bertemu dengan orang2 yang berpegalaman dalam mendirikan masjid dan surau untuk mendapatkan maklumat dan pengalaman yang berguna bagi menjalani pembinaan ini.
Antara orang yang ditemui ialah 'Pak Kadir' dari Taman Desajaya. Pak Kadir bukan hanya memberi tunjuk ajar tapi beliau juga telah mendermakan sebahagian dari wang derma untuk sebuah masjid di Desajaya kepada Puan Kartini untuk menambah dana bagi projek ini dan ini sangat dihargai. Seorang lagi yang telah memberi khidmat nasihat untuk pembinaan ini ialah Encik Yazid dari Taman Desa Tebrau. Ini adalah sebahagian dari orang2 yang sentiasa bersedia untuk membantu demi kejayaan projek ini.
Kemudian Puan Kartini telah melantik ahli2 jawantankuasa dari kalangan para penduduk dan Encik Zulkarnain telah dilantik sebagai Pengerusi. Setelah ahli jawatankuasa telah dikenal pasti maka gerakan pembinaan masjid pun bermula. Berbagai jabatan pemerintah telah dilawati untuk memdapatkan kelulusan demi kelulusan. Berbagai langkah telah diambil untuk mengumpul dana dari pembahagian tabung2 ke toko2 hinggalah mencari sponsor peribadi dan korporat. Berbagai kegiatan juga telah dijalankan seperti acara Maulidir Rasul dan Isra' Mikraj.
Namun kesemua langkah2 ini memerlukan masa yang panjang dan hasilnya amat kecil sedangkan keperluan untuk memiliki masjid di kawasan perumahan masjid dan kawasan kejiranannya bertambah runcing. Dengan pertolongan dari Dato' YB Hj Abdul Halim B. Hj Sulaiman (Adun Puteri Wangsa), Puan Kartini mengalihkan usaha untuk mendapatkan dana dari pihak pemerintah. Beliau telah mencuba sedaya upaya dan pelbagai cara hingga sanggup berulang alik ke Putrajaya untuk bertemu dengan pihak yang ingin membantu.
Hingga akhirnya dengan rahmat Allah beliau telah bertemu dengan Dato' Hj Ahmad Zaki Ansore, dari bahagian Menteri Kewangan di Putrajaya, Dato' Ahmad Zaki adalah orang yang budiman yang telah membantu melancarkan kelulusan dana sebanyak RM$2 juta yang telah digunakan untuk membina masjid ini. Tanpa bantuan beliau projek ini mungkin tidak akan dapat dibangunkan di masa yang terdekat. Bagi pihak Jawatankuasa Masjid Ar-Raudhah, kami mengucapkan setinggi2 terima kasih pada Dato' Hj Ahmad Zaki Ansore.
Perjalanan mengumpul dana dan mendapatkan kelulusan untuk membangunkan masjid ini bukanlah mudah. Puan Kartini telah melalui terlalu banyak onak dan duri dari pelbagai pihak. Ada jabatan yang tidak menghiraukan beliau, ada yang kurang percaya beliau akan berjaya dengan projek ini kerana beliau adalah seorang wanita malahan ada yang bersikap kasar terhadap beliau. Ini tidak mungkin terjadi jika semua pihak dapat memberi sokongan padu untuk niat dan tujuan yang murni seperti ini.
Namun demikian Allah itu Maha Agung dan sentiasa merahmati dan memberikan pertolongannya kepada orang2 yang ingin berbuat baik dan Alhamdulillah pembinaan masjid sedang dilakukan dan dapat dilaksanakan dengan jayanya Insha Allah.
Wassalam...
No comments:
Post a Comment