Friday, November 18, 2011

Solat Jumaat Pertama



Majlis Pengisytiharan Solat Jumaat Pertama Di Masjid Ar-Raudhah Taman Gaya.. Alhamdulillah majlis telah selamat di jalankan.. Seramai lebih kurang 600 jemaah hadir buat pertama kali mendirikan Solat Jumaat di masjid ini... Mudah-mudahan pada hari Jumaat akan datang semakin ramai jemaah yang akan hadir..

Tetamu-tetamu terhormat yang hadir di antaranya, YB Dato' Haji Abdul Halim Bin Sulaiman, Adun Puteri Wangsa, YB Dato' Haji Zainal Abidin Bin Osman, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Tuan Haji Azman Bin Mohsin, Kadi Daerah Johor Bahru, Imam Mahathir Bin Abdan, Imam Besar Johor Bahru Penghulu Tebrau, Ketua Kampung juga wakil-wakil dari Jabatan Agama Islam Johor...


Jamuan VIP



Gotong Royong menyediakan juadah hari ini dari penduduk-penduduk wanita Taman Gaya juga pelajar-pelajar Tahsin Nurul Jannah... Seramai 700 ratus bungkus disediakan dan diedarkan oleh pihak masjid untuk jemaah yang hadir...

Kami bagi pihak masjid ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang sudi hadir meraikan dan bersama-sama membantu majlis kami ini berjalan dengan lancar dan dengan jayanya... Kami juga ingin memohon maaf sekiranya ada kesilapan dan kekurangan di dalam majlis kami.. Jumpa lagi...

Thursday, August 4, 2011

Solat terawih pertama diadakan..



Jalan Gaya 12 Taman Gaya, 81800 Ulu Tiram, Johor, Malaysia
7:02pm Thursday (GMT+08:00)

  • Directions
  • Search nearby
  • more

Ads
Cari Peta Johor
Dapatkan Peta Johor Online,
Rancang Perjalanan Anda maps.701panduan.com

Friday, March 11, 2011

Berita Gembira





Salam Muhibbah Pada Semua Pembaca

Sukacita kami ingin memaklumkan para pembaca blog yang dikasihi...

Alhamdulillah, pembinaan masjid telah dilanjutkan semula pada 28 Disember 2010 dan dijangka akan siap sepenuhnya pada 27 March 2011... InsyaAllah..
Kerja-kerja untuk menyiapkan masjid yang terhenti selama lebih kurang 8 bulan telah diambil alih oleh pihak Bol Construction...
Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu menyegerakan pembinaan ini seperti Dato' Hj Abdul Ghani Othman, Menteri Besar Johor, Dato' YB Abdul Halim Sulaiman, Adun Puteri Wangsa dan TV3...

Thursday, March 10, 2011

Anda ingin bekerja bersama kami?

Bersama-sama menjaga serta mengimarahkan rumah Allah yang bakal siap terbina..

Pihak Pengurusan Masjid sedang mencari orang yang jujur, amanah dan bertanggungjawab untuk memegang jawatan-jawatan kosong yang ada dalam pentadbiran masjid. Yang tinggal kawasan berdekatan lebih di utamakan. Jawatan-jawatan yang di maksudkan antaranya ialah;

1) Imam sepenuh masa
2) Bilal sepenuh masa
3) Imam sambilan

4) Pentadbir Kanan
5) Penolong Pembantu Tadbir
Kemahiran: Penguasaan Komputer / IT yang baik
Umur: 18 Tahun Ke Atas

Sesiapa berminat dan untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pihak Pengurusan Masjid di talian: +6016-7270819.

Kami juga mengalu-alukan permohonan untuk menjadi sukarelawan bagi mengisi jawatan-jawatan lain. Mereka yang mempunyai sebarang kemahiran atau ingin berkongsi idea dan menyumbangkan tenaga untuk mengimarahkan lagi masjid kami, sila hubungi kami dengan segera. Terima Kasih.