Bersama-sama menjaga serta mengimarahkan rumah Allah yang bakal siap terbina..
Pihak Pengurusan Masjid sedang mencari orang yang jujur, amanah dan bertanggungjawab untuk memegang jawatan-jawatan kosong yang ada dalam pentadbiran masjid. Yang tinggal kawasan berdekatan lebih di utamakan. Jawatan-jawatan yang di maksudkan antaranya ialah;
1) Imam sepenuh masa
2) Bilal sepenuh masa
3) Imam sambilan
4) Pentadbir Kanan
5) Penolong Pembantu Tadbir
Kemahiran: Penguasaan Komputer / IT yang baik
Umur: 18 Tahun Ke Atas
Sesiapa berminat dan untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pihak Pengurusan Masjid di talian: +6016-7270819.
Kami juga mengalu-alukan permohonan untuk menjadi sukarelawan bagi mengisi jawatan-jawatan lain. Mereka yang mempunyai sebarang kemahiran atau ingin berkongsi idea dan menyumbangkan tenaga untuk mengimarahkan lagi masjid kami, sila hubungi kami dengan segera. Terima Kasih.