Thursday, February 16, 2012

Kelas Iqra' Dewasa & Kanak-Kanak

Alhamdulillah.. Kelas Iqra' Dewasa & Kanak-Kanak telah bermula pada awal bulan Februari 2012.. Kelas Iqra' telah berlangsung di Dewan Kuliah Tingkat 1
Masjid Ar-Raudhah, Taman Gaya.. Salah satu aktiviti Helwa ini diadakan pada setiap hari Khamis & Jumaat jam 9.00-10.30 malam.. Keikhlasan dalam mencari ilmu Allah insyaAllah ianya tercatit dalam
Jihad Fi Sabilillah..

Sunday, January 22, 2012

Seminar Al-Quran 21/1/2012

Seminar Al-Quran tajwid dan tarannum yang telah diadakan baru-baru ini pada 21 Jan 2012 di perkarangan ruang solat utama Masjid Ar-Raudhah.. Bersama penceramah jemputan yang berbahagia Ustaz Ahmad Tarmizi Bin Abdul Rahman dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).


Friday, November 18, 2011

Solat Jumaat Pertama



Majlis Pengisytiharan Solat Jumaat Pertama Di Masjid Ar-Raudhah Taman Gaya.. Alhamdulillah majlis telah selamat di jalankan.. Seramai lebih kurang 600 jemaah hadir buat pertama kali mendirikan Solat Jumaat di masjid ini... Mudah-mudahan pada hari Jumaat akan datang semakin ramai jemaah yang akan hadir..

Tetamu-tetamu terhormat yang hadir di antaranya, YB Dato' Haji Abdul Halim Bin Sulaiman, Adun Puteri Wangsa, YB Dato' Haji Zainal Abidin Bin Osman, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Tuan Haji Azman Bin Mohsin, Kadi Daerah Johor Bahru, Imam Mahathir Bin Abdan, Imam Besar Johor Bahru Penghulu Tebrau, Ketua Kampung juga wakil-wakil dari Jabatan Agama Islam Johor...


Jamuan VIP



Gotong Royong menyediakan juadah hari ini dari penduduk-penduduk wanita Taman Gaya juga pelajar-pelajar Tahsin Nurul Jannah... Seramai 700 ratus bungkus disediakan dan diedarkan oleh pihak masjid untuk jemaah yang hadir...

Kami bagi pihak masjid ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang sudi hadir meraikan dan bersama-sama membantu majlis kami ini berjalan dengan lancar dan dengan jayanya... Kami juga ingin memohon maaf sekiranya ada kesilapan dan kekurangan di dalam majlis kami.. Jumpa lagi...

Thursday, August 4, 2011

Solat terawih pertama diadakan..



Jalan Gaya 12 Taman Gaya, 81800 Ulu Tiram, Johor, Malaysia
7:02pm Thursday (GMT+08:00)

  • Directions
  • Search nearby
  • more

Ads
Cari Peta Johor
Dapatkan Peta Johor Online,
Rancang Perjalanan Anda maps.701panduan.com