Monday, July 1, 2013

Majlis Sempena Menyambut Ramadhan Al-Mubarak




Majlis Yasin Tahlil Dan Doa Kesyukuran Sempena Menyambut Ramadhan Al-Karim, Pada 28/6/2013 Selepas Isya', Di Tingkat 1 
Masjid Ar-Raudhah Taman Gaya....




Majlis Pada Malam Ini Dianjurkan Oleh Gabungan Antara Kelas Tahsin Qiraatil Quran Nurul Jannah Masjid Ar-Raudhah Taman Gaya 
&
 Taman Desa Jaya..






Para Pelajar Kelas Tahsin Qiraatil Quran 
Nurul Jannah
Taman Desa Jaya
Bersama
Guru Pembimbing
Ustazah Nur..


 




Para Pelajar Kelas Tahsin Qiraatil Quran
Nurul Jannah
Masjid Ar-Raudhah
Taman Gaya..

Wednesday, February 20, 2013

Kumpulan Yasin Nurul Jannah (Pimpinan Ustazah Nur, Guru Kelas Tahsin Nurul Jannah)




 Majlis Jemputan 
Yasin & Tahlil 
Di Taman Pelangi Indah Pada 20/01/2013..





Majlis Jemputan 
Khatam Al-Quran 
&
Yasin Tahlil 
Di Taman Flora Height Pada 16/02/2013..

Monday, November 19, 2012

Majlis Tazkirah Maal Hijrah 1434H

 
Majlis Tazkirah Maal Hijrah telah diadakan di ruang solat wanita tingkat 1 Masjid Taman Gaya pada Hari Sabtu 17 November 2012 bersamaan 3 Muharam 1434H selepas solat fardhu Asar sempena menyambut Tahun Baru Hijriah 1434H. Tazkirah telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Ustazah Hjh Kasmah Bt Ayub. Setelah itu majlis disertakan juga dengan bacaan Surah Yasin dan doa Awal Tahun. Majlis ini adalah kerjasama Helwa Masjid Taman Gaya dan Helwa Surau An-Nur Pelangi Indah.  Turut hadir ke majlis ini tetamu jemputan Puan Nora beserta rakan-rakannya...

Tuesday, October 30, 2012

Saturday, September 22, 2012

Aktiviti Terkini


Kelas Fardhu Ain
Guru Pembimbing : Imam Fikri
Imam 1 Masjid Ar-Raudhah Taman Gaya  
Aktiviti Helwa 

 Setiap Hari Sabtu
Masa: 2.00 Hingga 4.00 Petang
Bertempat: Dewan Kuliah Tingkat 1

 Semua kelas-kelas sentiasa terbuka bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai majlis-majlis ilmu yang kami sediakan... Jika anda inginkan dunia maka perolehinya dengan ilmu, jika anda inginkan akhirat perolehinya dengan ilmu, jika anda inginkan kedua-duanya maka juga dengan ilmu.... Oleh itu, carilah ilmu yang bermanfaat bagi kehidupanmu dan ahli keluargamu tanpa jemu hingga akhir hayatmu untuk kebahagiaan yang kekal abadi...

Monday, September 17, 2012

Majlis Sambutan Aidilfitri








Majlis Sambutan Aidilfitri 
telah diadakan pada 16 September 2012.  Jutaan terima kasih kepada para tetamu yang sudi hadir bersama-sama meramaikan majlis ini.  Selamat Hari Raya Aidilfitri Mohon Maaf Zahir Dan Batin kepada semua.

Thursday, February 16, 2012

Kelas Iqra' Dewasa & Kanak-Kanak

Alhamdulillah.. Kelas Iqra' Dewasa & Kanak-Kanak telah bermula pada awal bulan Februari 2012.. Kelas Iqra' telah berlangsung di Dewan Kuliah Tingkat 1
Masjid Ar-Raudhah, Taman Gaya.. Salah satu aktiviti Helwa ini diadakan pada setiap hari Khamis & Jumaat jam 9.00-10.30 malam.. Keikhlasan dalam mencari ilmu Allah insyaAllah ianya tercatit dalam
Jihad Fi Sabilillah..

Sunday, January 22, 2012

Seminar Al-Quran 21/1/2012

Seminar Al-Quran tajwid dan tarannum yang telah diadakan baru-baru ini pada 21 Jan 2012 di perkarangan ruang solat utama Masjid Ar-Raudhah.. Bersama penceramah jemputan yang berbahagia Ustaz Ahmad Tarmizi Bin Abdul Rahman dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).


Friday, November 18, 2011

Solat Jumaat Pertama



Majlis Pengisytiharan Solat Jumaat Pertama Di Masjid Ar-Raudhah Taman Gaya.. Alhamdulillah majlis telah selamat di jalankan.. Seramai lebih kurang 600 jemaah hadir buat pertama kali mendirikan Solat Jumaat di masjid ini... Mudah-mudahan pada hari Jumaat akan datang semakin ramai jemaah yang akan hadir..

Tetamu-tetamu terhormat yang hadir di antaranya, YB Dato' Haji Abdul Halim Bin Sulaiman, Adun Puteri Wangsa, YB Dato' Haji Zainal Abidin Bin Osman, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Tuan Haji Azman Bin Mohsin, Kadi Daerah Johor Bahru, Imam Mahathir Bin Abdan, Imam Besar Johor Bahru Penghulu Tebrau, Ketua Kampung juga wakil-wakil dari Jabatan Agama Islam Johor...


Jamuan VIP



Gotong Royong menyediakan juadah hari ini dari penduduk-penduduk wanita Taman Gaya juga pelajar-pelajar Tahsin Nurul Jannah... Seramai 700 ratus bungkus disediakan dan diedarkan oleh pihak masjid untuk jemaah yang hadir...

Kami bagi pihak masjid ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang sudi hadir meraikan dan bersama-sama membantu majlis kami ini berjalan dengan lancar dan dengan jayanya... Kami juga ingin memohon maaf sekiranya ada kesilapan dan kekurangan di dalam majlis kami.. Jumpa lagi...